Author: Oleh WAN FAKHRUL WAN BAKAR

Source: KOSMO SUKAN

 

MENGAYUH basikal sehingga mencecah jarak sejauh 120 kilometer (km) sehari.

Itulah yang perlu dilakukan atlet lumba basikal remaja Selangor di bawah Projek Sukan Malaysia (Sukma) bagi memastikan sasaran pingat emas pada Sukma 2010 di Melaka tercapai.

Seramai 11 pelumba lelaki dan tiga pelumba wanita berada di bawah projek tersebut dan mereka juga sebenarnya diletakkan di bawah Program Pusat Latihan Negeri yang dikelolakan Majlis Sukan Negara (MSN).

Selepas menghadiri sesi persekolahan di sekolah sukan negeri iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, Shah Alam pada sebelah pagi, mereka hanya sempat melelapkan mata kurang sejam sebelum turun menjalani latihan setiap hari bermula pukul 4 petang.

Jurulatih skuad lumba basikal Projek Sukma Selangor, Mohd. Yafiz Jamaludin berkata, program latihan harian yang dikendalikannya itu adalah berasaskan sains sukan.

Menurut Yafiz, 28, sesi latihan harian mereka diadakan selama dua jam dan pada hari Isnin, pelumba akan berendam di kolam renang manakala Selasa hingga Ahad, mereka meneruskan kayuhan antara 50 hingga 120 kilometer sehari di sekitar Shah Alam.

"Sistem latihan yang saya gunakan adalah mengikut kaedah sains sukan. Jika dua atau tiga bulan sebelum kejohanan, kita akan menggandakan latihan dengan kayuhan sejauh 350 hingga 450km seminggu dengan kelajuan sederhana.

"Apabila kejohanan semakin dekat, kita mula berlatih secara spesifik iaitu kayuhan sejauh 300 hingga 400km seminggu tetapi dengan pada tahap kayuhan yang lebih pantas.

"Untuk prakejohanan iaitu seminggu sebelum kejohanan, latihan selama seminggu akan merangkumi jarak kayuhan antara 250 hingga 300km tetapi dengan kekuatan kayuhan sangat tinggi," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

 

Latihan kecergasan turut diberi keutamaan kepada semua pelatih bagi meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk mengharungi sebarang cabaran.

Latihan kecergasan turut diberi keutamaan kepada semua pelatih bagi meningkatkan tahap keyakinan mereka untuk mengharungi sebarang cabaran.

 

Yafiz memberitahu, sepanjang tahun ini, anak-anak buahnya itu akan menyertai sebanyak 21 kejohanan dengan lapan daripadanya merupakan kejohanan trek.

"Jumlah kejohanan yang banyak itu bermakna secara purata mereka akan menyertai satu kejohanan setiap dua minggu," katanya.

Namun Yafiz berkata, mereka tidak memberi fokus terhadap semua 21 kejohanan tersebut, sebaliknya memilih hanya beberapa kejohanan untuk dijadikan sasaran utama mereka mendapat kedudukan terbaik.

"Untuk 2009 ini, skuad kami ada tiga kejohanan utama untuk disasarkan. Pertama pada April depan iaitu Karnival Pelapis Kebangsaan Sirkit 1 di Velodrom Rakyat di Ipoh.

"Yang kedua pada Jun depan iaitu Kejohanan Kebangsaan di Cheras manakala ketiga pula Disember depan iaitu Karnival Pelapis Kebangsaan Sirkit Akhir di Ipoh," jelasnya.

 

Mohd. Yafiz Jamaludin - Jurulatih skuad lumba basikal Projek Sukma Selangor

 

Menurut Yafiz, biarpun mereka berlatih di jalan raya, seminggu menjelang sesatu kejohanan trek, mereka akan secara selang- seli menjalani latihan di Velodrom Cheras.

"Pelumba kami akan menyertai kejohanan lebuh raya dan juga kejohanan trek. Bagaimanapun, menerusi kejohanan trek, kita akan lebih mudah untuk melihat perkembangan seseorang pelumba itu menerusi catatan masa," ujarnya.

Bercerita mengenai kejayaan yang dikecapi anak-anak buahnya sepanjang tahun ini, Yafiz berkata, mereka telah menunjukkan satu pencapaian yang baik dalam dua kejohanan yang disertai sepanjang dua bulan pertama ini.

"Pada Kejohanan SportExcel Sirkit Akhir 2008 yang diadakan di Putra- jaya Januari lalu, kami memenangi satu emas menerusi Nur Farah Ain Amran dan tiga gangsa menerusi Nursyamira Saidi, Mohd. Faiz Izuddin Omar dan Nur Farah Ain.

"Baru-baru ini pada Kejohanan Trek SportExcel Sirkit 1/2009 di Ipoh, kami menang dua emas menerusi Nur Farah Ain, dua perak menerusi Faiz Izuddin dan enam gangsa," katanya.

Lantas Yafiz mahu mengembalikan semula kegemilangan pasukan lumba basikal Selangor yang dahulu pernah gah pada tahun 1998 sebelum menempuh zaman kejatuhan bermula tahun 2000.

"Jika kebelakangan ini kita lihat pelumba yang hebat kebanyakannya hadir dari pasukan Terengganu, saya mahu tahun 2009 ini Selangor kembali berkuasa," tegasnya.

 

Kayuhan sejauh 120km sehari adalah wajib bagi semua pelatih.

 

Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk memasukkan acara lumba basikal ke dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), beliau berkata, ia sesuatu yang dialu-alukannya.

"Saya rasa langkah itu penting kerana pihak sekolah selalunya akan mengiktiraf atlet mereka yang meraih kejayaan dalam Kejohanan MSSM berbanding kejohanan anjuran luar.

"Cadangan untuk meletakkan sekurang-kurangnya satu sekolah projek lumba basikal di setiap negeri adalah langkah yang baik untuk pembangunan sukan ini pada peringkat akar umbi.

"Rasanya, hanya Selangor saja buat masa ini yang ada sekolah projek lumba basikal seperti di SMK Seksyen 11, Shah Alam ini selain Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar," katanya.

 

 

Basikal pelumba dan bahan-bahan aksesori dijual oleh Kedai Basikal Selangor:

1. USJ Cycles - Top 10 Online Bicycle Stores in Malaysia

Alamat: 24 Jalan USJ 4/9g, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: +60 16-229 6388

Laman Web: http://www.usjcycles.com/

Basikal popular untuk perlumbaan termasuk:

 

2. BARANG BIKE - Malaysia preferred online bike store for all bicycle accessories, parts & components.

Alamat: A-5-10 Empire Tower SS16/1, Subang Jaya 47500, Selangor, Malaysia 

Tel: +6017 3235 602

Laman Web: http://www.barangbike.com/

Aksesori popular untuk perlumbaan termasuk: